ada namanya kawan tapi bukan lagi patut digelar kawan,namanya keluarga tapi masih juga dianggap musuh,masih lagi memburuk sangka,membabi buta.aku sangka tatkala globalisasi telah mencapai satu tahap di mana mentaliti masyarakat di atas jurang antara jahil dan berakal namun ada juga segelintir insan yang boleh dilabelkan bodoh lagi sombong tambahan lagi hanya mementingkan diri sendiri.manusia yang busuk hati,yang mana mempunyai akal fikiran dan hati yang kotor,yang hanya mahu menjatuhkan harga diri orang lain demi kepuasan diri sendiri. pabila jatuhnya harga diri seorang makhluk tuhan,manusia yang tidak layak digelar manusia itu melonjak gembira.tidak hanya cukup sekadar itu,munculnya lagi seorang lagi hamba yang hina yang kononnya mengaku sebagai islam,yang hidupnya hanya memburukkan orang lain dengan kononnya niat untuk memberi iktibar dan memberi pengajaran,disuruhnya berhati-hati dan menokok tambah hanya kerana membuta tuli atau lebih tepat lagi hanya kerana nafsu dan akal iblis semata-mata.tanpa mendengar penjelasan dari pihak yang dianiaya,tanpa akal yang matang,membuat kesimpulan seperti anak kecil yang belum baligh,namun apa yang boleh disimpulkan di sini,adalah mereka dari golongan yang cetek dari pengetahuan ilmu agamanya,kurangnya didikan ilmu agama kerana asalnya dari keluarga yang jahil.tanpa ilmu pengetahuan yang cukup,janganlah kamu berlagak seperti kamu mendominasi dunia,berbekalkan ilmu setitik tetapi gaya kamu mahir dalam segala-galanya.sedarlah kamu bahawa segala tindakanmu hanya mengundang malapetaka kepada dirimu kelak.tidak sudah dengan itu,di satu pihak yang lain pula,setelah mengetahui kebenaran,tetapi hanya dibiarkan sepi tanpa sebarang kata hanya kerana kepentingan diri sendiri.langsung tidak memikirkan kepada faedah dan pahala dalam menegak dan memperjuangkan maruah seorang muslim yang telah ditindas dan difitnah.namun,apa yang mampu aku katakan di sini,akal yang waras telah tuhan kurniakan kepada hambaNya,gunakanlah ia ke jalan yang diredhai,bukan ke jalan yang menjerumuskan dirimu sendiri ke gaung kesesatan yang nyata.