kadang-kadang kita suka buat sesuatu perkara atas sebab nak mencuba,kononnya nak berexperiment,tapi agak-agakla. jangan la sampai buat sesuatu yang dilaknat Allah swt. kalau perempuan,sedalam mana pun cinta anda kat pasangan anda,kalau dia masih di jalan yang benar, jalan yang mendekatkan diri dengan Allah swt,kamu jaga la hubungan kamu baik-baik. namun,jika si lelaki menyuruh anda melakukan perbuatan terkutuk seperti bermalam di hotel, melakukan seks, janganlah kamu ikut. Allah swt dah bagi kat kamu akal fikiran, itu yang membezakan kamu dengan haiwan. jika itupun kamu tak dapat memikirkan dengan waras, ikut je apa yang boyfrend kamu suruh buat, bermakna kamu telah mencaci maruah kamu sendiri. jauhilah kamu dari maksiat, jauhilah kamu dari zina, sesungguhnya jika kamu mencintai pasanganmu dengan penuh jiwa dan raga,tapi jika Allah swt sudah menetapkan di azali lagi yang dia bukanlah untukmu, maka dia tidak akan bersamamu. jadi,mengapakah kamu sanggup berkorban jiwa dan raga untuknya,? mengapa kamu sanggup bunuh diri kerana tidak dapat bersamanya? mengapakah kamu rela untuk bersetubuh dengannya sebelum kamu menikahinya? apakah cinta terdapat manusia melebihi cinta kamu terhadap Allah swt dan rasulNya? adalah lebih baik jika kamu mencintai diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai orang lain. bukanlah bermaksud kamu mesti mementingkan diri sendiri, tetapi memberi ruang kepada dirimu untuk mendekatkan diri kepada Allah swt,kerana itulah sebetul-betulnya tujuan kamu wujud di muka bumi Allah swt ini. perasan mencintai berlawanan pasangan itu adalah lumrah dan normal bagi seluruh manusia. namun,jika belum tiba masanya kamu untuk menikahinya iaitu belum mempunyai cukup syarat untuk menghalalkan hubungan kalian,adalah lebih baik kamu mendiamkan diri.!